Pengenalan
BNPL Solution menghormati privasi pengguna dan komited untuk melindungi maklumat peribadi yang diberikan kepada kami.
Dengan menggunakan laman web bnplsolution.com, menghubungi pihak kami atau menggunakan mana-mana perkhidmatan BNPL Solution, anda dianggap telah membaca dan memahami Dasar Privasi ini.
Maklumat Yang Kami Kumpul
Bergantung kepada perkhidmatan yang dipohon, kami mungkin mengumpul maklumat yang diperlukan untuk memproses pertanyaan, permohonan atau pembayaran anda.
- Nama penuh
- Nombor telefon
- Alamat e-mel
- Maklumat berkaitan permohonan perkhidmatan
- Maklumat kenderaan jika berkaitan
- Maklumat perjalanan jika berkaitan
- Maklumat lain yang diberikan secara sukarela kepada Customer Service kami
- Maklumat teknikal asas seperti alamat IP, jenis pelayar dan maklumat penggunaan laman web
Bagaimana Maklumat Digunakan
Maklumat anda boleh digunakan bagi tujuan berikut:
- Memproses pertanyaan atau permohonan perkhidmatan
- Menghubungi anda berkaitan permohonan atau transaksi
- Menyediakan jumlah bayaran yang tepat sebelum pembayaran dibuat
- Memproses dan merekod transaksi pembayaran
- Menambah baik laman web dan perkhidmatan kami
- Memenuhi keperluan undang-undang atau pematuhan yang berkenaan
Perkongsian Maklumat
BNPL Solution tidak menjual atau menyewakan maklumat peribadi pelanggan kepada pihak lain.
Walau bagaimanapun, maklumat tertentu mungkin dikongsi dengan pihak ketiga yang berkaitan apabila diperlukan untuk menyediakan atau melengkapkan perkhidmatan anda.
Ini mungkin termasuk penyedia pembayaran, penyedia teknologi, syarikat insurans atau takaful, serta pihak lain yang berkaitan dengan perkhidmatan yang anda mohon.
Keselamatan Data
Kami mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat anda daripada akses, penggunaan, kehilangan atau pendedahan tanpa kebenaran.
Walaupun kami berusaha menggunakan langkah keselamatan yang sesuai, tiada penghantaran data melalui internet boleh dijamin selamat sepenuhnya.
Cookies
Laman web BNPL Solution mungkin menggunakan cookies atau teknologi yang serupa untuk membantu fungsi laman, meningkatkan pengalaman pengguna dan memahami penggunaan laman web.
Anda boleh mengubah tetapan pelayar untuk menyekat atau memadam cookies. Walau bagaimanapun, sesetengah fungsi laman web mungkin tidak berfungsi seperti biasa.
Hak Anda
Tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan, anda boleh menghubungi kami bagi:
- Meminta akses kepada maklumat peribadi anda
- Meminta pembetulan maklumat yang tidak tepat
- Meminta kemas kini maklumat peribadi
- Meminta penghapusan maklumat apabila sesuai dan dibenarkan
- Mengemukakan pertanyaan mengenai cara maklumat anda digunakan
Penyimpanan Maklumat
Maklumat peribadi akan disimpan hanya selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan, menyediakan perkhidmatan, menyimpan rekod transaksi atau memenuhi keperluan undang-undang yang berkenaan.
Pautan Pihak Ketiga
Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman atau perkhidmatan pihak ketiga.
BNPL Solution tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi, keselamatan atau kandungan laman pihak ketiga tersebut. Pengguna digalakkan membaca dasar privasi mereka sebelum memberikan maklumat.
Perubahan Dasar Privasi
BNPL Solution boleh mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa bagi mencerminkan perubahan operasi, perkhidmatan atau keperluan perundangan.
Versi terkini akan dipaparkan pada halaman ini bersama tarikh kemas kini.
Hubungi Kami
Jika anda mempunyai pertanyaan berkaitan Dasar Privasi atau maklumat peribadi anda, sila hubungi BNPL Solution.
72-1 Mukim 12,
Kampung Manggis,
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang